Warning: preg_grep() [function.preg-grep]: Compilation failed: nothing to repeat at offset 1 in /home/sbm/public_html/scorea.saifulbahri.net/wp-content/plugins/xlanguage/xlanguage.php on line 634

Warning: array_shift() expects parameter 1 to be array, boolean given in /home/sbm/public_html/scorea.saifulbahri.net/wp-content/plugins/xlanguage/xlanguage.php on line 637

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/sbm/public_html/scorea.saifulbahri.net/wp-content/plugins/xlanguage/xlanguage.php:634) in /home/sbm/public_html/scorea.saifulbahri.net/wp-content/plugins/xlanguage/xlanguage.php on line 243
Latih Tubi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Score A Programme | Blog Perniagaan Saiful Bahri

Blog Perniagaan Saiful Bahri Orang yang berjaya adalah mereka yang memenangi pertarungan dengan diri sendiri setiap hari.

8Jul/110

Latih Tubi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Score A Programme

Score A Programme dari Kenshido International ini dilengkapi dengan latih tubi untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup dari tingkatan 1 sehinggan tingkatan 3 dan pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR.

Kenshido International begitu komited membangun dan menambah baik produk Score A Programme untuk memastikan Score A Programme sebagai satu-satunya portal ependidikan yang terunggul. Selaras dengan azam itu, pelbagai penambahbaikan telah dilakukan ke atas Score A Programme dan untuk kali ini, Kenshido International telah menambah latih tubi untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup. Mata pelajaran Kemahiran hidup ini meliputi dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 dan juga untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR.

Mengikut berita yang dikeluarkan oleh Kenshido International, mata pelajaran Kemahiran Hidup Score A Programme ini akan tersedia di dalam modul:

  • eTopic
  • eAssessment

Kedua-dua modul ini merupakan modul asas kemahiran untuk latih tubi di mana modul eTopic mengkhususkan kepada kemahiran menjawab soalan berdasarkan topik-topik yang terdapat di dalam setiap mata pelajaran seperti Kemahiran Hidup. Dengan terdapat fungsi penandaan segera memberi maklum balas kepada pelajar secara pantas sama ada mereka menjawab dengan betul atau salah. Disediakan juga dengan capaian nota ringkas eNotes sebagai rujukan tambahan sambil pelajar membuat latihan eTopic.

Manakala modul eAssessment pula lebih berbentuk kompilasi beberapa topik dijadikan satu bentuk ujian ringkas yang mana modul ini mampu membentuk kefahaman pelajar mengenai sesuatu mata pelajaran seperti mata pelajaran Kemahiran Hidup ini. Dengan berkonsepkan game mode yang mempunyai 3 tahap kesukaran dari senang, sederhana, dan susah dapat menguji kemahiran pelajar terhadap subjek tersebut. Ditambah pula dengan fungsi countdown timer sebagai cara pemantauan masa yang lebih efektif dan membantu pelajar menguruskan masa dengan lebih cekap semasa menduduki dewan peperiksaan.

Dengan kerangka asas latih tubi Score A Programme yang sudah semestinya mantap dan hebat, pastinya amat membantu pelajar memahami mata pelajaran Kemahiran Hidup dengan lebih mudah dan efisyen.

Inginkan penjelasan lanjut?

SMS Nama dan Lokasi ke
Saiful: O19-658-O-856

Anda sukakan artikel ini?

Sila langgan suapan RSS kami!

Komentar (0) Trackbacks (0)

Tiada komen.


Tinggalkan komen


No trackbacks yet.

Powered by Gb-rugs.com - Rugs & Carpets