Warning: preg_grep() [function.preg-grep]: Compilation failed: nothing to repeat at offset 1 in /home/sbm/public_html/scorea.saifulbahri.net/wp-content/plugins/xlanguage/xlanguage.php on line 634

Warning: array_shift() expects parameter 1 to be array, boolean given in /home/sbm/public_html/scorea.saifulbahri.net/wp-content/plugins/xlanguage/xlanguage.php on line 637

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/sbm/public_html/scorea.saifulbahri.net/wp-content/plugins/xlanguage/xlanguage.php:634) in /home/sbm/public_html/scorea.saifulbahri.net/wp-content/plugins/xlanguage/xlanguage.php on line 243
Pandangan Ustaz Zaharuddin Mengenai Kepatuhan Syariah Score A Programme | Blog Perniagaan Saiful Bahri

Blog Perniagaan Saiful Bahri Orang yang berjaya adalah mereka yang memenangi pertarungan dengan diri sendiri setiap hari.

27Nov/107

Pandangan Ustaz Zaharuddin Mengenai Kepatuhan Syariah Score A Programme

Berikut adalah pandangan Ustaz Zaharuddin mengenai kepatuhan syariah Score A Programme.
Sumber:
http://www.zaharuddin.net/component/option,com_maxcomment/task,viewallreplies/id,92593/Itemid,95/
Comment in question
Posted by ENGKU AHMAD FADZIL, on 12-08-2010 13:12, IP 60.48.103.111, Guest
1. Laporan Kepatuhan Syariah MLM ScoreA
Re: MLM ScoreA. Assalamu'alaikum Ustaz Zaharuddin.
Harap Ustaz berada di dalam keadaan sihat wal afiah di bawah rahmat dan peliharaan Allah sentiasa. Maaf, oleh kerana saya tidak mempunyai email address ustaz, saya hantar mesej ini sebagai post di Facebook Zaharuddin.net dan komen di bawah artikel “Isu-isu syariah di dalam MLM” di laman web ustaz, www.zaharuddin.net.
Saya ENGKU AHMAD FADZIL BIN ENGKU ALI, pensyarah di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM. Sekarang on study leave bermula 22 Disember 2008 yang lalu memulakan pengajian peringkat PhD di Universiti Malaya, sedang melakukan penyelidikan dan menyiapkan tesis berkenaan MLM dari segi syariah di bawah seliaan Prof Dr. Joni Tamkin bin Borhan.
Saya merupakan salah seorang daripada, saya percaya, ramai ummat Islam yang mengambil faedah dan maklumat dari tulisan2 ustaz terutamanya tulisan ustaz pada tahun 2007 berkaitan MLM dan sekarang dimuatkan sebagai chapter 11 di dalam buku You, Money & Islam. Antara Oktober 2009 hingga Februari 2010 secara rasmi, saya dan sahabat saya Ustaz Azizi Che Seman dilantik sebagai Panel Penasihat Syariah untuk menilai kepatuhan syariah produk dan pelan pemasaran MLM syarikat Kenshido International Sdn Bhd yang lebih popular dengan produk portal pendidikan ScoreA.
Hasil proses yang dijalankan satu sijil kepatuhan syariah dikeluarkan pada 7 Februari 2010. Selepas itu satu laporan bertulis telah diserahkan kepada syarikat berkenaan dan juga kepada KPDNKK pada penghujung Mei tahun ini. AlhamdulilLah setelah tertangguh-tangguh beberapa bulan, pada awal minggu ini (09/08/2010) sesalinan laporan tersebut telah mula dapat dicapai secara online melalui alamat web seperti berikut
http://www.kenshido.com/ distributor/download/forms/ LAPORAN.pdf
Sukacita sekiranya di dalam kesibukan ustaz dengan urusan-urusan lain dapat ustaz luangkan masa untuk flip through the pages of the report and favor us with your informative comments and constructive criticism. Syukran Jazilan
UZAR : Ahlan Al-Fadhil Ust Engku, InshaAllah baik sangat dah tu. Kandungannya pun hampir sama dengan laporan ringkas kami terhadap Stromreaders Sdn Bhd. SILA BUKA http:// www.stormreaders.com.my/ pengenalan/korporat/penilaian- syariah.html
Cuma bagi saya yang perlu diambil perhatian, hasil kajian untuk Score A itu sepatutnya perlu diberi faham kepada umum TIDAK BOLEH secara blanket digunapakai oleh syarikat MLM lain yang tidak diselidiki oleh penasihat shariah. Sya bimbang akan berlaku salah guna untuk menghalalkan semua MLM secara blanket tanpa menyemak perincian. bagi saya perlu difahami lebih mendalam kaedah "Al- Asl Fil Ashya Al-Ibahah" .
Ringkasnya, jika sesuatu yg baru itu belum disemak dgn teliti bagaimana mungkin, boleh menggunakan kaedah tersebut. Krn huraian kaedah itu, "selagi tiada bukti pertentangan dgn hukum maka ia kekal harus" , oleh itu, bukti pertentangan dengan hukum hanya akan dapat dipastikan ada atau tiada SETELAH kajian terperinci dari pakar dilakukan. Tanpanya kajian tersebut, sistem itu bukan kekal HARUS tetapi kekal syubhah.
Justeru, harapnya, laporan tersebut tidak disalah guna oleh peniaga MLM utk menghalalkan MLM mereka sedangkan laporan itu khusus untuk Score A.
Fil haqiqah, anta ahsan minni fi haza majal. saya hanya buat artikel sampingan utk tajuk ini, ustaz buat PhD.
Sekian
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)
Posted by ENGKU AHMAD FADZIL ENGKU ALI, on 13-08-2010 01:42, IP 118.100.203.78, Guest
1. JazaakalLahu khairan kathiran
JazaakalLahu khairan kathiran Ustaz di atas komen-komen dan saranan-saranan Ustaz yang diberikan dlm kadar segera dan walaupun ringkas mencapai tujuan yang dimaksudkan. Terimakasih juga kerana memaklumkan tentang link laporan kepatuhan syariah Stormreaders. Walaupun pada ketika menaip reply in saya belum berjaya untuk membuka link berkenaan, saya percaya isi kandungannya bakal menyumbang kepada maklumat-maklumat baru atau memantapkan maklumat-maklumat sedia ada insyaAllah.
Saya ucapkan terimakasih juga dan bersetuju dengan peringatan Ustaz tentang kemungkinan laporan kepatuhan syariah ini boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk memberi gambaran bahawa kepatuhan syariah yang disahkan untuk ScoreA merangkumi praktis dan struktur yang digunapakai mereka sedangkan ianya belum disemak oleh mana-mana panel syariah.
InsyaAllah saya akan berbincang dengan Ustaz Azizi dan syarikat Kenshido untuk memasukkan A STATEMENT TO THAT EFFECT, mungkin di dalam Disclaimer. Saya perhatikan di dalam industri MLM, tanpa bimbingan, pemantauan dan peringatan berterusan, kebarangkalian untuk berlakunya manipulasi FOR OR AGAINST the industry is highly likely to happen, probably partly due to ignorance and generalization and largely due to greed and temptation.
Terkadang kita lihat seolah-olah apa-apa juga cuba digunakan untuk jusytify the unjustifiables… para ustaz, persatuan pengguna, Imam, VIPs, koperasi dsb seringkali dijadikan modal jajaan untuk memberi gambaran halal atau patuh syariah sesuatu skim yang dizahirkan sebagai MLM. Sebab itu, sebagaimana yang ditekankan oleh ulama-ulama silam, bergelumang dengan hukum hakam fiqh yang zahir semata-mata TANPA mementingkan akhlak dan kesucian hati belum memadai untuk menjaga agama, malah boleh menjerumuskan manusia ke kancah dosa dan kemungkaran.
Honestly, walaupun idea untuk melakukan kajian dan menyiapkan tesis berkaitan MLM dari segi undang-undang Islam sudah mula berlegar di kepala pada sekitar 2000 hingga 2002, namun ianya tenggelam timbul dan samar-samar sehingga tulisan-tulisan ustaz pada tahun 2007 yang, walaupun pada description ustaz merupakan artikel sampingan, pada saya banyak menyumbang di dalam menyerlah dan menjuruskan isu-isu syariah yang wajar dibincang dan diputuskan berkaitan MLM.
Semoga kita semua diberi taufiq hidayah daripada Allah SWT untuk memberi sumbangan bakti kepada agama Islam yang suci dan umatnya, walaupun sumbangan yang sebenarnya kecil, namun semoga dikira besar di sisi Allah dengan limpah kurniaNya yang Maha Esa. Syukran jazilan marratan ukhra, bal marraat ‘adidah…
Jutaan terima kasih kepada Ustaz Zaharuddin atas pandangan beliau mengenai kepatuhan syariah Score A Programme.

Inginkan penjelasan lanjut?

SMS Nama dan Lokasi ke
Saiful: O19-658-O-856

Anda sukakan artikel ini?

Sila langgan suapan RSS kami!

Komentar (7) Trackbacks (0)
  1. Great post. Can’t wait to read the next ones :)

  2. I just added your web page to my favorites. I like reading your posts. Thanks!.

  3. Salam, Inovasi Produk Muslim, sharing is caring. Kami terima Dinar & Dirham

  4. I thank you hmbuly for sharing your wisdom JJWY

  5. HEBAT! THANKS SO MUCH COZ MAKE IT CLEAR.

  6. trime kasih kerana kenyataan ini menjawab persoalan di benak fikiran kami…


Tinggalkan komen


No trackbacks yet.

Powered by Gb-rugs.com - Rugs & Carpets