Warning: preg_grep() [function.preg-grep]: Compilation failed: nothing to repeat at offset 1 in /home/sbm/public_html/scorea.saifulbahri.net/wp-content/plugins/xlanguage/xlanguage.php on line 634

Warning: array_shift() expects parameter 1 to be array, boolean given in /home/sbm/public_html/scorea.saifulbahri.net/wp-content/plugins/xlanguage/xlanguage.php on line 637

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/sbm/public_html/scorea.saifulbahri.net/wp-content/plugins/xlanguage/xlanguage.php:634) in /home/sbm/public_html/scorea.saifulbahri.net/wp-content/plugins/xlanguage/xlanguage.php on line 243
Latarbelakang Ringkas Ahli Panel Penasihat Syariah MLM Kenshido International | Blog Perniagaan Saiful Bahri

Blog Perniagaan Saiful Bahri Orang yang berjaya adalah mereka yang memenangi pertarungan dengan diri sendiri setiap hari.

21Jun/110

Latarbelakang Ringkas Ahli Panel Penasihat Syariah MLM Kenshido International

Maklumat latarbelakang ringkas ahli panel penasihat syariah MLM Kenshido International ini diperolehi dari buku Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd.

Engku Ahmad Fadzil Bin Engku Ali (Pengerusi PPS)

Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali, anak kelahiran Terengganu, mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sehingga tahun 1986 dan menyambung pelajaran peringkat ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam bidang Undang-undang sehingga dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda LL.B (Second Class (Upper) Honours) pada tahun 1993. Setahun selepas itu, pada tahun 1994, beliau sekali lagi dianugerahkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ijazah Sarjana Muda, kali ini mengkhusus ke arah undang-undang Islam iaitu LL.B (Syariah)(First Class Honours).

Pada tahun 1995, beliau diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi (Malaya). Selepas beberapa tahun di Universiti Jordan, Amman, pada tahun 2000 beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana Kehakiman Islam oleh Kuliah Syariah universiti tersebut. Mulai tahun yang sama hinggalah sekarang Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali adalah tenaga pengajar di Jabatan Undang-Undang Islam, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan pengalaman mengajar Undang-undang Probet dan Perwarisan (Sivil dan Islam), Usul Fiqh, Sistem Perundangan Islam dan lain-lain.

Bermula Disember 2008 beliau diberi cuti belajar untuk melanjutkan pelajaran peringkat PhD di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya di bawah seliaan Prof. Dr. Joni Tamkin bin Borhan dengan tesis berkaitan Multi-level Marketing dari segi Undang-undang Islam. Keterdedahan beliau terhadap amalan MLM bermula sejak beliau seorang pelajar di Universiti Islam Antarabangsa sekitar tahun 1990-an.

Keterdedahan beliau terhadap MLM dilihat memberi kelebihan pemahaman yang lebih mendalam (deeper insight and understanding) dan memudahkan kefahaman tentang keterangan-keterangan dan istilah-istilah yang dibekalkan kepada PPS ketika menilai kepatuhan syariah amalan MLM khususnya yang diamalkan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd. Beliau juga adalah salah seorang ahli kepada Jawatankuasa Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad semenjak April 2005 hingga sekarang.

En. Azizi Bin Che Seman (Ahli PPS)

En. Azizi bin Che Seman, anak kelahiran Kelantan, mendapat pendidikan awal di Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu sehingga tahun 1990 dan menyambung pelajaran peringkat ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya di dalam bidang Syariah sehingga dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian) Kelas Pertama pada tahun 1996. Pada tahun 2001 beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana Ekonomi oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Mulai 1997 hinggalah sekarang En. Azizi adalah tenaga pengajar di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dengan pengalaman mengajar subjek-subjek muamalat, ekonomi, pasaran modal Islam dan lain-lain.

Bermula 2007 beliau diberi cuti belajar untuk melanjutkan pelajaran peringkat PhD di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya di bawah seliaan Prof. Dr. Joni Tamkin bin Borhan dengan tesis berkaitan sebelum itu berpengalaman luas menjalankan kajian secara berseorangan atau berkumpulan di dalam isu-isu muamalat Islam yang lain seperti kajian tentang takaful, perbankan Islam, zakat, wakaf dan sebagainya, beliau boleh dikatakan tidak mempunyai sebarang keterdedahan terhadap amalan MLM sebelum tugasan yang diamanahkan oleh Kenshido International Sdn Bhd. ini.

Ketiadaan keterdedahan beliau terhadap MLM dilihat memberi kelebihan dalam bentuk persepsi bebas (unbiased perception) dan tidak terikat dengan kecenderungan tertentu ketika menilai kepatuhan syariah amalan-amalan MLM dan diharap dapat mengimbangi pandangan seorang lagi ahli PPS yang telah mendapat keterdedahan awal tentang amalan MLM.

Begitulah serba ringkas maklumat latarbelakang ahli panel penasihat syariah MLM Kenshido International ini diperolehi dari buku Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd. Diharap maklumat ini dapat mencerahkan lagi keraguan dan persoalan tentang siapakah ahli panel penasihat syariah MLM Kenshido International.

Inginkan penjelasan lanjut?

SMS Nama dan Lokasi ke
Saiful: O19-658-O-856

Anda sukakan artikel ini?

Sila langgan suapan RSS kami!

Komentar (0) Trackbacks (0)

Tiada komen.


Tinggalkan komen


No trackbacks yet.

Powered by Gb-rugs.com - Rugs & Carpets