Warning: preg_grep() [function.preg-grep]: Compilation failed: nothing to repeat at offset 1 in /home/sbm/public_html/scorea.saifulbahri.net/wp-content/plugins/xlanguage/xlanguage.php on line 634

Warning: array_shift() expects parameter 1 to be array, boolean given in /home/sbm/public_html/scorea.saifulbahri.net/wp-content/plugins/xlanguage/xlanguage.php on line 637

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/sbm/public_html/scorea.saifulbahri.net/wp-content/plugins/xlanguage/xlanguage.php:634) in /home/sbm/public_html/scorea.saifulbahri.net/wp-content/plugins/xlanguage/xlanguage.php on line 243
Teknik Berkesan Untuk Berjaya Dalam MLM/Network Marketing – Bab 2.2: Membuat Tajaan | Blog Perniagaan Saiful Bahri

Blog Perniagaan Saiful Bahri Orang yang berjaya adalah mereka yang memenangi pertarungan dengan diri sendiri setiap hari.

24Mei/110

Teknik Berkesan Untuk Berjaya Dalam MLM/Network Marketing – Bab 2.2: Membuat Tajaan

Artikel ini adalah sambungan dari artikel Teknik Berkesan Untuk Berjaya Dalam MLM/Network Marketing - Bab 2.1: Menjual Barangan MLM

Disusun oleh: MASLAN OMAR, Universiti Sains Malaysia

Membuat Tajaan


Jangan memulakan penajaan terhadap orang yang belum anda kenali melainkan prospek itu ialah orang yang dikenali betul oleh downline anda. Anda harus meneliti kesungguhan prospek itu sebelum anda menawarkan starter kit kepada mereka. Prospek yang berbakat dan berkualiti dapat anda kenali melalui masa anda membuat pembentangan tentang peluang perniagaan ini. Lazimnya, mereka yang berbakat dan berkualiti ialah yang sentiasa menumpukan perhatian pada pembentangan/demonstrasi yang anda lakukan dan sentiasa pula mengemukakan soalan-soalan yang baik.

Satu jalan mudah untuk membuat penajaan adalah kepada orang yang rapat dengan anda yang telah pun merasai kebaikan produk yang anda perkenalkan itu. Katakan secara lembut (slow-talk) kepada mereka bahawa jika mereka menjadi pengedar produk itu, mereka akan mendapat sekurang-kurangnya 2 faedah, iaitu mereka dapat membeli produk itu mengikut harga pengedar (biasanya terdapat diskaun 25% bagi setiap produk) yang lebih menjimatkan dan mereka akan mendapat perniagaan sendiri untuk meraih pendapatan sampingan setiap bulan.

Jika syarikat MLM memperuntukkan pengumpulan kopun, mereka akan mendapat peluang untuk memiliki barangan lain yang tidak terdapat dalam senarai produk syarikat secara percuma apabila jumlah kopun yang dikumpul oleh mereka mencukupi untuk melayakkan mereka menerima hadiah.

Seperti menjual (memperkenalkan) di atas tadi, mereka juga akan membuat penajaan kepada orang yang dikenali oleh mereka setelah mereka menjadi pengedar. Saya percaya, daripada 10 orang yang menjadi pelanggan anda akan ada 4-5 orang yang benar-benar berminat untuk menjadi pengedar.

Nantikan artikel seterusnya Teknik Berkesan Untuk Berjaya Dalam MLM/Network Marketing - Bab 2.3: Membuat Servis

Inginkan penjelasan lanjut?

SMS Nama dan Lokasi ke
Saiful: O19-658-O-856

Anda sukakan artikel ini?

Sila langgan suapan RSS kami!

Komentar (0) Trackbacks (0)

Tiada komen.


Tinggalkan komen


No trackbacks yet.

Powered by Gb-rugs.com - Rugs & Carpets