Warning: preg_grep() [function.preg-grep]: Compilation failed: nothing to repeat at offset 1 in /home/sbm/public_html/scorea.saifulbahri.net/wp-content/plugins/xlanguage/xlanguage.php on line 634

Warning: array_shift() expects parameter 1 to be array, boolean given in /home/sbm/public_html/scorea.saifulbahri.net/wp-content/plugins/xlanguage/xlanguage.php on line 637

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/sbm/public_html/scorea.saifulbahri.net/wp-content/plugins/xlanguage/xlanguage.php:634) in /home/sbm/public_html/scorea.saifulbahri.net/wp-content/plugins/xlanguage/xlanguage.php on line 243
Teknik Berkesan Untuk Berjaya Dalam MLM/Network Marketing – Pengenalan | Blog Perniagaan Saiful Bahri

Blog Perniagaan Saiful Bahri Orang yang berjaya adalah mereka yang memenangi pertarungan dengan diri sendiri setiap hari.

12Mei/112

Teknik Berkesan Untuk Berjaya Dalam MLM/Network Marketing – Pengenalan

TEKNIK BERKESAN UNTUK BERJAYA DALAM PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG (MULTI-LEVEL MARKETING) - MLM/Network Marketing

 Disusun oleh: MASLAN OMAR, Universiti Sains Malaysia
 
1.       Sekapur Sirih Seulas Pinang

2.       Pendahuluan

3.       Bab 1 :         2 Pilihan

4.       Bab 2 :          Cipta Semula Diri Anda

                                -         Menjual Barangan MLM

                                -         Membuat Tajaan

                                -         Membuat Servis

                                -         Anda Tidak Ada Masa Lapang?

                                -         Ramai Pengedar Dalam Syarikat MLM Ini

                                -         Mampukah Saya Memimpin Downline Saya?

                                -         Maintain Bulanan Sangat Tinggi

                                -         Benarkah Masuk Jualan Langsung Hanya Memperkaya Upline?
5.       Bab 3 :          Mustahilkah Menjadi Jutawan Dalam MLM?

6.       Bab 4 :          Kualiti Yang Perlu Ada Pada Anda

7.       Bab 5 :          Mulakan Langkah MeN….

                                -         Menetapkan matlamat diri dalam perniagaan MLM

                                -         Memperkenalkan dan Menjual Tiada perniagaan tanpa jualan.

                                -         Menaja

                                -         Memberikan Servis

                                -         Membantu/Memimpin

                                -         Mengadakan Mesyuarat

                                -         Meniru/Mencontoh Upline

8.       Bab 6 :          Tips Untuk Berjaya - Teknik Menjual

                                -         Teknik Menaja

                                -         Teknik Mengurus dan Memimpin

9.       Bab 7 :          Rahsia Kejayaan Usahawan MLM

10.     Bab 8 :          Penutup

                                -         Cerita 1

                                -         Cerita 2

                                -         Cerita 3

                                -         Cerita 4

                                -         Cerita 5

                                -         Cerita 6

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Saudara/Saudari Para Usahawan MLM,

 
MLM (Multi-Level Marketing) atau Pemasaran Pelbagai Aras atau lebih dikenali sebagai Perniagaan Jualan Langsung merupakan suatu industri yang bernilai berbilion-bilion Ringgit walaupun industri ini sebenarnya masih baru di Malaysia. Banyak usahawan jualan langsung yang telah menjadi kaya-raya dalam industri ini. Sesetengahnya menjadi jutawan setelah berkecimpung dengan perniagaan ini untuk beberapa tahun. Sesetengahnya pula hidup senang setelah menukar kerja sepenuh masa mereka dengan perniagaan jualan langsung.

Namun demikian, terdapat banyak pula yang menyertai perniagaan jualan langsung ini yang GAGAL biarpun telah mencubanya sedaya upaya. Mengapa ada yang gagal dalam perniagaan ini sedangkan ada yang berjaya pula? Ada yang mengatakan bahawa mereka GAGAL kerana mereka tidak ada nasib, tidak ada pengalaman dalam perniagaan ini, malu berjumpa dengan pelanggan, dan seribu satu macam alasan/sebab.

Sebenarnya, punca kegagalan dalam perniagaan Jualan Langsung BUKANLAH berpunca daripada nasib atau tidak ada pengalaman berniaga, tetapi disebabkan oleh KETIADAAN TEKNIK, iaitu teknik menaja, teknik menjual, teknik memberikan khidmat kepada downline, teknik membuat home party, dan beberapa teknik lain. Rata-rata mereka yang berjaya dalam perniagaan ini bukanlah mereka yang memiliki pengalaman berniaga yang menakjubkan. Mereka yang berjaya memiliki teknik yang tidak diketahui oleh orang lain.

Tanyalah kepada Puan Saadah Badrus dan suaminya, Encik Anis Kassan (JUTAWAN REVELL), Mejar Mohan dan isterinya, Elizabeth (COSWAY), Encik Zulkiflie Md Sohor (HAI-O MARKETING), Tuan Haji Mohd Roslan Ghazali (SHAKLEE), Encik Rahim Mat Hassan (SMC INTERNATIONAL (SUNSKY)), Tuan Shikh Ibrahim Shikh A. Hanam (ZHULIAN), Encik Hamid Darus (ELKEN), Encik Ismail Montak (M-PLAN), Encik Safingi Sarikin (LION BEST),( INTAN JUTAWAN CNI) Roslan Basir, ( INTAN JUTAWAN CNI) Wak Ramlan, ( INTAN JUTAWAN CNI)Murad Basir dan Tuan Haji Mohd Ridzwan Ahmad (CONY BIO). Itu adalah senarai pendek usahawan MLM yang telah berjaya. Mereka seperti anda juga. Tiada pengalaman berniaga, tetapi mereka memiliki teknik untuk berjaya. Bukan sedikit halangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi mereka. Halangan dan cabaran itu sentiasa berlegar di sekeliling mereka. Tetapi mereka berjaya juga.

Tanpa teknik, tiada sesiapa pun yang akan berjaya dalam Industri Jualan Langsung. Teknik boleh dicipta tetapi sama ada berjaya atau tidak, belum tentu lagi. Jangan gadaikan perniagaan anda dengan teknik yang anda cipta sendiri selagi belum teruji berjaya. Bacalah Panduan Lengkap Bagaimana Menjadi Usahawan MLM Yang Berjaya. Rencana panduan ini merupakan hasil kajian menyeluruh penulis tentang kegagalan dan kejayaan usahawan jualan langsung dalam MLM ini. Teknik dan kaedah yang dicatat di dalam rencana ini telah terbukti berjaya dan menjadi amalan Juara-Juara Jualan Langsung. Bacalah dengan tenang dan setelah anda menghayati kandungan rencana ini jangan lupa mengunjungi  laman penaja kami yang terpapar pada banner atau link-link tertentu.Rencana panduan ini ditulis dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami oleh sesiapa juga yang berkecimpung dalam industri jualan langsung ini. Jadikan panduan di dalam rencana ini sebagai pemangkin kejayaan anda dalam perniagaan ini.

Pendahuluan

Buku panduan ini amat bernilai kepada mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan jualan langsung berbanding dengan harganya yang agak murah. Rencana  ini saya tulis khusus untuk sesiapa yang ingin menjadikan MLM sebagai perniagaan yang menjanjikan masa hadapan yang lebih baik. Bacalah buku ini berkali-kali dan jadikan panduan di dalamnya sebagai amalan anda setiap masa.

MULTI-LEVEL MARKETING, JUALAN LANGSUNG, DIRECT SELLING, atau apa-apa sahaja nama yang diberikan kepadanya merupakan suatu perniagaan yang paling mudah dilakukan tetapi telah disukarkan oleh mereka yang sengaja mencipta teknik dan kaedah untuk berjaya dalam sekelip mata. Ramai orang yang menjadikan perniagaan ini sebagai mata pencarian sepenuh masa atau sambilan kerana beberapa sebab:

*          Modal asas yang paling minimum/kecil Memiliki "pasaraya" sendiri Memiliki "pekerja"   sendiri.

*          Berupaya menentukan berapakah pendapatan (bonus) yang diingini setiap bulan.

*          Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.

*          Berpeluang bertemu dengan pelanggan dan pengedar baru.

*          Berpeluang menjadi leader dan orang yang dihormati oleh pengedar-pengedar lain.

*          Peluang untuk menjadi senang dan kaya-raya.

Jika anda ingin serius dalam perniagaan ini, anda jangan sekali-kali menoleh ke belakang lagi. Anda mesti meneruskannya. Jangan dengar komen-komen negatif yang sentiasa mahu melihat anda tidak melakukan perniagaan ini dan seterusnya menjadi gagal.

Kata-kata nakal seperti "Mana boleh kaya jual sabun", "Masuk jualan langsung, kasi kaya upline saja", "Jualan Langsung di Barat boleh kayalah, di Malaysia pirah", dan bermacam-macam lagi sering kita dengar. Kata-kata ini bukan sahaja daripada orang lain, bahkan daripada ahli keluarga sendiri termasuk isteri. Terdapat kes yang isteri menyediakan tikar, bantal, dan selimut di luar pintu kerana suaminya balik lewat daripada membuat tajaan. Ada kes yang isteri seorang pengedar yang membuat panggilan memaki hamun upline kerana membawa suaminya keluar membuat jualan dan tajaan. Semua ini merupakan asam garam dalam jualan langsung. Semuanya dilakukan oleh mereka yang mengenali MLM hanya daripada kulit atau luarannya sahaja. Mereka tidak mengenali isinya. Hanya setelah anda berjaya, barulah mereka buka mata.

Anda juga mesti sedar bahawa perniagaan jualan langsung ini bukannya magic - hari ini menjadi pengedar, esok anda boleh kaya. Perniagaan ini memerlukan masa, tenaga, komitmen, dan wawasan. Mereka yang menjadi JUARA MLM telah pun terlibat dalam perniagaan ini bertahun-tahun lamanya. Setelah mereka menemukan "resipi kejayaan", barulah mereka berjaya. Tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Anda tidak boleh "dam" atau membeli barangan edaran anda dalam kuantiti yang banyak semata-mata untuk meraih bonus bulanan yang tinggi. Ini membunuh diri namanya.

Anda juga tidak sepatutnya menaja prospek sebarangan kerana menaja prospek tanpa mengetahui kesungguhan mereka sama seperti anda memiliki anak yang ramai tetapi semuanya tidak mahu bekerja. Anda sendiri yang akan rugi - membuang masa untuk memujuk dan menunjuk ajar mereka tetapi mereka enggan melakukannya - hanya mengumpul starter kit dan menyimpannya di dalam stor. Fahamilah kandungan rencana ini, praktikkan, dan sentiasa konsisten dalam kerja anda. Anda akan berjaya, Insya Allah. Setiap Kejayaan Bermula Dengan Satu Kegagalan !

Nantikan artikel seterusnya Teknik Berkesan Untuk Berjaya Dalam MLM/Network Marketing - Bab 1: 2 Pilihan

Inginkan penjelasan lanjut?

SMS Nama dan Lokasi ke
Saiful: O19-658-O-856

Anda sukakan artikel ini?

Sila langgan suapan RSS kami!

Komentar (2) Trackbacks (0)
  1. bro, i need ur help ..

  2. yeah betul tu….sungguh bernas..hebat heyh…


Tinggalkan komen


No trackbacks yet.

Powered by Gb-rugs.com - Rugs & Carpets